Notis Perlindungan Data Peribadi – Malaysia

Kepada Pelanggan, Pengedar dan Kontraktor Bebas Yang DiHormati,

Merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (atau secara ringkas, “Akta”) yang telah dikuat kuasakan sejak 15hb November 2013, Grolier (Malaysia) Sdn. Bhd. memastikan bahawa kami menepati syarat Akta tersebut. Dengan ini, kami memaparkan Notis pengurusan Data Peribadi anda yang diterima oleh pihak Grolier (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk rujukan semua pelanggan, pengedar dan kontraktor bebas kami.

DATA PERIBADI YANG SEDIA ADA

Grolier (Malaysia) Sdn Bhd akan memproses Data Peribadi anda daripada pembelian anda seperti contoh yang tertera di bawah untuk perkembangan penjualan langsung kami.

  • Nama, Maklumat Pekerjaan (jawatan, syarikat)
  • Umur, Jantina, Tarikh lahir, nombor MyKad
  • Kaum, Kewarganegaraan
  • Alamat, nombor telefon dan alamat e-mel
  • Gambar rumah/pejabat sebagai bukti penghantaran
  • Status kahwin dan maklumat keluarga (maklumat pasangan)
  • Maklumat pembayaran seperti kad kredit atau akaun bank
  • kesemua di atas diringkaskan sebagai “Data Peribadi”

KEGUNAAN DATA PERIBADI

Grolier (Malaysia) Sdn. Bhd. akan mengguna dan/atau memproses data, antara pelbagai penggunaan lain, untuk:

  • Pengumuman promosi baru daripada syarikat
  • Proses pembayaran dan mengemas kini status pembayaran sehingga tamat
  • Komunikasi dengan pelanggan
  • Penyelenggaraan sistem maklumat pelanggan dan mana-mana proses berkaitan dengan bantuan pelanggan
  • Kajian pasaran
  • Menyelidik aduan dan transaksi yang mencurigakan
  • Pembahagian komisen yang diperolehi

PENDEDAHAN DAN PERKONGSIAN DATA PERIBADI ANDA

Grolier (Malaysia) Sdn. Bhd. tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda selain daripada tujuan seperti mana data peribadi anda diperolehi. Walaubagaimanapun, Data Peribadi anda mungkin tertakluk kepada pendedahan terhadap pihak lain seperti berikut:

  • Ejen-ejen penjual kami dan penyelia penjual di mana anda membuat pembelian produk Grolier
  • Peguam, ejen kutipan bayaran dan ejen laporan kredit yang dilantik oleh pihak kami jika berlakunya masalah pembayaran seperti lewat atau ingkar
  • Mana-mana individu yang diamanahkan dengan tugasan penjagaan data-data peribadi

Data Peribadi anda juga mungkin didedahkan jika diperintah oleh penguatkuasa undang-undang atau untuk tujuan yang baik.

SEKURITI

Grolier (Malaysia) Sdn Bhd akan menyimpan dan memproses data peribadi anda dengan kaedah yang selamat jika dalam keadaan yang praktikal dan mencegah sebarang penggunaan Data Peribadi anda secara tidak sah termasuk kehilangan, penyalah gunaan, perubahan, pendedahan tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, atau kerosakan seiringan dengan undang-undang dan peraturan yang sedia ada.

Dengan penggunaan berterusan atau pembelian produk dan servis Grolier, anda menerima dan bersetuju dengan pemprosesan maklumat peribadi anda oleh Grolier untuk tujuan yang tertera di atas.

PENGEKALAN DATA PERIBADI

Grolier (Malaysia) Sdn Bhd akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan semua data peribadi dihapuskan sama sekali jika ia tidak lagi diperlukan selepas diproses.

AKSES DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI ANDA

Jika anda ingin mengakses atau membuat sebarang pembetulan ke atas Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami, sila kemukakan permohonan anda melalui pos berdaftar, e-mel atau telefon kami menerusi:

Alamat Surat-Menyurat: Grolier (Malaysia) Sdn. Bhd.

Lot 7.07 & 7.08, 7th Floor,

Plaza First Nationwide,

No.161, Jalan Tun HS Lee,

50000 Kuala Lumpur,

Malaysia

Alamat E-mel: info@grolier.com.my
No. Telefon: 03-26881688

Kami mengucapkan terima kasih ke atas penerimaan terma dan syarat pemprosesan Data Peribadi anda oleh syarikat kami seperti di atas.

Terima Kasih.

 

Muat Turun PDF

Comments are closed.